Archive for Julai 2007

Adakah Anda Ingin Menjadi Penulis Jutawan?
Julai 29, 2007

Judul: menjadi PENULIS JUTAWAN
Penulis: Nimoiz T.Y
Penerbit: True Wealth Sdn. Bhd. (2007)
Harga: RM29.90 / $ 7.97 USD
Tebal: 270 Muka Surat

Tentang buku “menjadi PENULIS JUTAWAN”
Sebuah buku yang memperkatakan tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Ia memberikan panduan yang lengkap dan terperinci mengenai bagaimana untuk menjadi penulis jutawan. Anda mampu menjana pendapatan yang lumayan hasil daripada menulis. Semua orang mampu melakukannya.

Pengalaman Nimoiz T.Y
Dalam usia 23 tahun, (dengan 5 tahun penglibatan dalam penulisan), saya telah berjaya memiliki motosikal, berkongsi membeli van, membayar tanah lot tapak rumah, membeli komputer riba, membeli komputer, membeli telefon bimbit, berkongsi membaiki rumah di kampung, membayar pinjaman PTPTN SEKALIGUS dan lain-lain. Saya sedang berkira-kira untuk membeli kereta pula. Dan kalau ada rezeki , saya mahu membeli rumah. Semuanya hasil daripada honorarium dan rezeki menulis serta tambahan duit gaji. Sungguh lumayan! Saya menulis tanpa meninggalkan kerjaya asal saya sebagai tenaga pengajar di Politeknik Mukah Sarawak.

Siapa Penerbit Buku Ini?
True Wealth Sdn. Bhd . Penerbit yang telah menerbitkan kesemua buku Azizi Ali seperti Jutawan Dari Planet Jupiter, Lahirnya Seorang Jutawan, Juara Lelongan Hartanah dan salah sebuah buku terlaris, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar oleh Irfan Khairi. True Wealth juga telah menerbitkan buku-buku Eugene Yeng, Brian Sher, Ernie J.Zelinski, John Ruck, Mal Emery, Jamilah Samian, Rozieta Shaari, John Lee, Jason Kelly, Peter Span dan Dr. Cristopher Lim.

Apa Kata Mereka?
Apa kata Penulis Kewangan #1 Malaysia?
“Menjadi seorang penulis memang satu karier yang indah – kita dibayar untuk melakukan apa yang kita suka iaitu menulis. Buku ini menceritakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi penulis yang berjaya, dan mengaut hasil yang lumayan. Mesti baca” ~ Azizi Ali

Apa kata Pengarang Sastera Berita Harian / Berita Minggu?
“Petua Orang Biasa Berfikiran Luar Biasa menjadikan buku ini wajib baca untuk semua calon penulis.” ~ Salbiah Ani

Apa kata Profesor dari Universiti Malaya?
“Kanak-kanak kita sejak kecil dididik dengan semangat menghormati buku dan orang yang menulisnya. Akibatnya kerja menulis buku dianggap sebagai sesuatu yang suci dan seakan-akan tidak dapat dijangkau orang biasa. Cukuplah! Segala itu tahyul. Buku boleh ditulis oleh siapa sahaja asalkan ada kemahuan!  Hal itu dibuktikan oleh Nimoiz T.Y secara meyakinkan: setiap boleh menjadi penulis jutawan!” ~ Dr. Victor A. Pogadaev

Apa kata pengasas esastera.com?
“Buku yang memperkatakan semua perkara yang perlu diketahui oleh penulis muda.  Ditulis oleh penulis muda yang tahu tentang semuanya.” ~ Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas

Apa kata mantan Peserta Minggu Penulis Remaja (MPR)
“Menjadi Penulis Jutawan adalah sebuah buku yang terbaik untuk calon penulis dan penulis muda. Panduan dan tip yang terkandung di dalamnya memenuhi disiplin penulisan. Buku ini sesuai dijadikan sahabat karib penulis dan calon penulis.”  ~ Azizul Ikhwan Bin Mohd

Apa kata Pemenang utama, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 (puisi)
“Mesra khalayak, mesra pembaca, mesra remaja, serasi dengan ketrampilan beliau (Nimoiz T.Y ) sebagai penulis remaja yang sedang mencipta nama dalam arena kesusasteraan. Semestinya naskhah ini bukan tulisan yang dikerah semata-mata, tetapi lahir dari bancuhan pengalaman, pengamatan, dan wibawa beliau yang pernah tiga kali dinobatkan Anugerah Penyair Alam Siber!”  ~ Fahd Razy

Apa kata Penulis Skrip Drama Cinta Madinah 2, TV1?
“Nimoiz T.Y, seorang penulis remaja yang visualistik mengangkat penulisan sebagai mata pencarian berdasarkan pengalaman dan kegigihan beliau terhadap bidang ini. Motivasi anak muda ini wajar ditelaah seluruh rakyat Malaysia yang mahu menjadi ‘jutawan ilmu.’ Buku ini adalah resipinya!” Ummu Hani Abu Hassan  ~ Ummu Hani Abu Hassan

Apa kata salah seorang pembaca karya Nimoiz T.Y?
“Wow…buku hebat yang mesti anda miliki! Saya jamin anda tidak akan menyesal jika membelinya.”  ~ Hazwani Ubaidillah

Bagaimana buku ini boleh dimiliki?
Boleh beli secara online di http://www.millionairesplanet.com atau kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, Kinokuniya, Borders, Muda Osman dan lain-lain